Apa itu SG Yang Lebih Sihat?
Click here for English, Chinese, Tamil
SG Yang Lebih Sihat akan membantu semua rakyat Singapura berusaha ke arah kesihatan yang lebih baik.
Kami telah membangunkan sistem penjagaan kesihatan yang baik di Singapura, tetapi kita perlu memberi tumpuan kepada kesihatan dan mutu kehidupan yang lebih baik untuk semua.
Dengan adanya SG Yang Lebih Sihat, kami akan dapat membantu semua rakyat Singapura untuk
a) Mengenali doktor keluarga pilihan anda yang akan menyediakan penjagaan kesihatan untuk anda
b) Mengetahui langkah-langkah pencegahan yang anda boleh ambil untuk memperbaiki tahap kesihatan anda
c) Mengetahui bahawa anda boleh mengambil langkah-langkah untuk menikmati tahap kesihatan yang lebih baik pada bila-bila masa yang anda mahu
Satu Doktor Keluarga dan Satu Pelan Kesihatan untuk Semua
Kita mahu semua rakyat Singapura menjalin hubungan sepanjang hayat yang boleh dipercayai dengan doktor keluarga anda.
-
Doktor keluarga anda akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan kesihatan peribadi. Berdasarkan profil anda, anda akan digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi di peringkat nasional yang disyorkan.
-
Anda akan digalakkan untuk mengunjungi doktor keluarga pilihan anda secara tetap untuk semua keperluan penjagaan kesihatan anda dan membincangkan matlamat kesihatan anda.
-
Pada setiap tahap kehidupan anda, doktor keluarga pilihan anda akan berbincang dengan anda tentang keadaan kesihatan anda dan menangani sebarang masalah kesihatan yang anda mungkin hadapi.
Ekosistem Sokongan untuk Kesihatan yang Lebih Baik
Tiga kelompok kesihatan daerah – SingHealth, Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Kebangsaan (NHG) akan berusaha untuk membangunkan ekosistem kesihatan dan sosial bersepadu dalam daerah mereka.
Mereka akan bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB)), Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), Persatuan Rakyat (PA), Majlis Sukan SG (SportsSG) serta rakan kongsi sosial dan masyarakat untuk menyokong matlamat kesihatan anda.
Sebagai permulaan, anda akan dapat mengakses lebih banyak aktiviti fizikal dan pemakanan yang lebih sihat, dan anda boleh memilih aktiviti-aktiviti yang paling sesuai untuk anda.
Jika anda sudah berumur, kelompok kesihatan daerah dan doktor keluarga anda akan menasihati anda tentang bagaimana anda boleh menyertai aktiviti-aktiviti dan program-program kesihatan, seperti yang disediakan di pusat penjagaan warga emas tempatan.
Ketahui lebih lanjut tentang SG Yang Lebih Sihat melalui ucapan Jawatankuasa Perbekalan 2022 yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan.
Apa yang boleh anda lakukan sekarang
Kami mengalu-alukan pandangan anda mengenai SG Yang Lebih Sihat untuk membantu menjadikan diri Anda Lebih Sihat.
Sementara itu,
-
Klik di sini untuk mengetahui jika anda layak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada harga yang berpatutan di bawah Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan, jika anda masih belum menjalaninya.
-
Kekal sihat dan muat turun aplikasi Healthy 365 dan Health Hub untuk maklumat lanjut!