Enrolment Terms (Malay)
Terakhir dikemas kini : 4 July 2023
SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PENDAFTARAN ANDA DI BAWAH SG YANG LEBIH SIHAT ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN YANG BOLEH DIDAPATI DI [www.healthiersg.gov.sg/enrolment-terms] (“ENROLMENT TERMS”). TERJEMAHAN YANG DISEDIAKAN DALAM DOKUMEN INI ADALAH UNTUK MAKLUMAT ANDA SAHAJA. SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERCANGGAHAN ANTARA SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN DAN TERJEMAHAN YANG DISEDIAKAN DALAM DOKUMEN INI, SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN AKAN DIUTAMAKAN DAN DIANGGAP SEBAGAI PENENTU SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN ANDA DI BAWAH SG YANG LEBIH SIHAT.
1. SG Yang Lebih Sihat ialah (“Program”) strategi transformasi berbilang tahun oleh Kementerian Kesihatan (“MOH”) untuk mengalihkan tumpuan sistem penjagaan kesihatan Singapura melebihi penjagaan individu yang sakit, kepada pendekatan proaktif untuk mencegah individu daripada jatuh sakit.
2. Program ini bertujuan untuk memperkasakan Warga Singapura dan Penduduk Tetap Singapura yang mendaftar di Program ini (setiap seorang adalah “Enrolee” atau Orang Yang Mendaftar) untuk menjadi lebih sihat dan meningkatkan mutu kehidupan mereka melalui penjagaan pencegahan, yang ditunjangi oleh hubungan pesakit-doktor yang kukuh dengan penyedia penjagaan asas yang mengambil bahagian, dan disokong oleh kluster penjagaan kesihatan yang berkaitan. Mereka yang telah berdaftar juga boleh diberikan akses yang dipertingkatkan kepada program-program gaya hidup dan pencegahan penyakit. Ciri-ciri Program tersebut boleh diselaraskan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan pengalaman dan hasil kesihatan untuk para Peserta yang Mendaftar.
3. Setiap Enrolee atau Para Peserta yang Mendaftar akan terikat oleh dan hendaklah mematuhi peruntukan yang dinyatakan di bawah (“Syarat-Syarat Pendaftaran”).
Definisi dan Tafsiran
4. Melainkan konteks memerlukan sebaliknya:
(1) “AIC” bermaksud Agency for Integrated Care Pte. Ltd. atau Agensi Penjagaan Bersepadu
(2) “Kluster” bermaksud:
(a) National University Health System Pte.Ltd;
(b) National Healthcare Group Pte Ltd; atau
(c) Singapore Health Services Pte Ltd.
(3) “Doktor Swasta” atau “GP” bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Singapura di bawah Akta Pendaftaran Perubatan 1997, yang mempunyai sijil perubatan yang sah yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Singapura.
(4) “Klinik SG Yang Lebih Sihat” bermaksud klinik yang disenaraikan dalam HealthHub sebagai mengambil bahagian dalam Program.
(5) “Healthy 365” bermaksud aplikasi telefon bimbit bernama “Healthy 365” oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).
5. Kecuali terdapat tujuan yang sebaliknya:
(1) perkataan dalam bentuk tunggal hendaklah termasuk jamak dan sebaliknya, jika konteks memerlukan;
(2) Tajuk-tajuk fasal atau perenggan tidak akan menjejas tafsiran Syarat-Syarat Pendaftaran ini;
(3) rujukan kepada “termasuk” tidak boleh ditafsirkan secara terhad tetapi hendaklah bermaksud “termasuk tanpa menjejaskan keluasan perkara di atas” dan “termasuk tetapi tanpa had”;
(4) rujukan kepada mana-mana perundangan ialah rujukan kepada perundangan itu sebagaimana yang dipinda, diganti atau digubal semula dari semasa ke semasa (termasuk apa-apa enakmen semula di bawah nama lain);
(5) rujukan kepada mana-mana perundangan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perundangan itu;
(6) rujukan kepada satu jantina hendaklah termasuk rujukan kepada jantina yang lain; dan
(7) rujukan kepada seseorang termasuk mana-mana individu, syarikat, perkongsian tanggungan terhad,perkongsian, amanah perniagaan, persatuan tidak diperbadankan atau agensi Pemerintah (sama ada mempunyai personaliti undang-undang yang berasingan atau tidak) dan termasuk wakil peribadi dan pengganti orang itu.
Pendaftaran dan Faedah-faedahnya
6. Di bawah Program ini, Orang yang Mendaftar akan dikehendaki mendaftar dengan Klinik SG Yang Lebih Sihat atau poliklinik. Dalam Syarat-syarat Daman pendaftaran ini, poliklinik atau Klinik SG Yang Lebih Sihat yang didaftarkan oleh Orang yang Mendaftar dari semasa ke semasa akan dirujuk sebagai “Klinik” beliau. Pada masa pendaftaran di bawah Program ini, Orang yang Mendaftar hendaklah menyatakan poliklinik atau Klinik SG Yang Lebih Sihat yang beliau ingin mendaftar. Beliau hendaklah didaftarkan dengan poliklinik atau Klinik Yang Lebih Sihat itu melainkan dan sehingga (a) Orang yang Mendaftar itu memohon untuk menukar Kliniknya dan MOH meluluskan permohonan tersebut, atau (b) MOH memerlukan Orang yang Mendaftar berkenaan menukar Kliniknya, sebagai contoh, sekiranya Klinik tersebut telah berhenti beroperasi. Jika MOH memerlukan Orang yang Mendaftar untuk menukar Kliniknya, Orang yang Mendaftar tersebut hendaklah menyatakan kepada MOH Klinik SG Yang Lebih Sihat atau poliklinik lain yang beliau ingin mendaftar. Jika MOH meluluskan Orang yang Mendaftar untuk mendaftar dengan Klinik SG Yang Lebih Sihat atau poliklinik yang lain itu, maka dari tarikh kelulusan tersebut, Orang yang Mendaftar tersebut hendaklah didaftarkan dengan Klinik SG Yang Lebih Sihat atau poliklinik yang lain itu.
7. Seorang Orang yang Mendaftar boleh:
(1) dalam tempoh yang bermula pada tarikh pendaftarannya ke Program ini dan berakhir pada tarikh kunjungan pertamanya ke Klinik (termasuk kedua-dua tarikh), menukar Kliniknya seberapa banyak kali; dan
(2) selepas kunjungan pertamanya ke Klinik, dalam tempoh yang bermula pada tarikh pendaftarannya dan berakhir pada 31 Disember tahun kalendar berikutnya (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Permulaan”) jika Orang yang Mendaftar itu mendaftar ke Program pada 2023 atau 2024, menukar Kliniknya sehingga empat kali; dan
(3) selepas Tempoh Permulaan, boleh menukar Kliniknya sekali sahaja dalam setiap tahun kalendar; atau
(4) selepas lawatan pertamanya ke Klinik, dalam tempoh yang bermula pada tarikh selepas lawatan pertamanya ke Klinik dan berakhir pada 31 Disember tahun kalendar itu (termasuk kedua-dua tarikh tersebut), jika Orang yang Mendaftar itu mendaftar ke Program dari 2025 dan seterusnya, beliau boleh menukar Klinik sekali sahaja.
8. Faedah-faedah yang mungkin diterima oleh Orang yang Mendaftar ialah:
(1) ‘Mata Kesihatan’ di bawah Healthy 365;
(2) konsultasi secara peribadi yang bersubsidi penuh dengan doktor di premis Klinik untuk membincangkan sejarah perubatannya, dan untuk menghasilkan rancangan untuk meningkatkan kesihatannya. Ini boleh termasuk rancangan untuk pelarasan gaya hidup, pemeriksaan kesihatan secara tetap dan vaksinasi sesuai yang disarankan; dan
(3) subsidi tambahan untuk pemeriksaan saringan bagi Warga Singapura yang disediakan di bawah program Pemeriksaan Sepanjang Hayat MOH dan vaksinasi yang disediakan di bawah Skim Subsidi Pemeriksaan Pertumbuhan Kanak-kanak dan Vaksinasi MOH,
(secara kolektif, “Faedah-faedah Orang yang Mendaftar”). Seseorang Orang yang Mendaftar boleh menerima Faedah-faedah Orang yang Mendaftar hanya jika beliau memenuhi syarat-syarat faedah-faedah Orang yang Mendaftar tersebut.
9. Faedah-faedah Orang yang Mendaftar dan keperluan masing-masing adalah tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara mutlak MOH.
Perkongsian Data dan Dasar Privasi
10. Dengan mendaftar di bawah Program ini, Orang yang Mendaftar bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan data peribadinya (termasuk sebarang maklumat perubatan, sebarang maklumat mengenai kelayakannya untuk subsidi yang mungkin diperoleh daripada maklumat kewangan, dan sebarang maklumat yang dikumpul sebelum tarikh pendaftarannya) (“Maklumat Orang yang Mendaftar”) oleh orang-orang atau entiti berikut:
(1) kliniknya dan orang-orang yang menyediakan perkhidmatan di dalamnya;
(2) setiap Kluster dan perbadanan yang disifatkan mempunyai kaitan dengan Kluster menurut seksyen 6 Akta Syarikat 1967;
(3) Pemerintah Republik Singapura;
(4) lembaga berkanun yang menyokong Program (“Lembaga Berkanun yang Mengambil Bahagian”);
(5) rakan kongsi masyarakat yang menyokong Program ini, termasuk orang-orang yang mengendalikan Pusat-pusat Penuaan Aktif, orang yang mengambil bahagian dalam skim Rangkaian Penjagaan Asas MOH, dan AIC
(6) sesiapa yang diberi lesen di bawah Akta Hospital dan Klinik Perubatan Swasta 1980 atau Akta Perkhidmatan Jagaan Kesihatan 2020 yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada Orang yang Mendaftar itu; dan
(7) pekerja yang diberi kuasa, ejen dan wakil mana-mana orang yang disebut dalam mana-mana perenggan kecil (1) hingga (6),
(secara kolektif, “Pihak yang Bekerjasama”),
untuk tujuan berikut:
(A) mengesahkan dan memproses pendaftaran Orang yang Mendaftar tersebut di bawah Program ini;
(B) menyemak, merawat, mengurus dan menyelaraskan penjagaan bagi Orang yang Mendaftar tersebut;
(C) menyemak dan menghasilkan Program (termasuk kajian penyelidikan yang berkaitan dengan Program tersebut) dan menghubungi Orang yang Mendaftar berkenaan dengan perkara di atas;
(D) menyemak dan menghasilkan mana-mana program atau skim lain oleh Kluster, MOH atau Lembaga Berkanun yang Mengambil Bahagian berkaitan dengan Program ini (“Program atau Skim Berkaitan”);
(E) menilai kelayakan Orang yang Mendaftar tersebut untuk sebarang Program atau Skim Berkaitan, serta menghubungi Orang yang Mendaftar tersebut berhubung dengan Program atau Skim Berkaitan itu;
(F) mengesahkan, memproses dan mengaudit sebarang pembayaran yang dibuat berhubung dengan Program yang berkaitan dengan Orang yang Mendaftar berkenaan, termasuk sebarang pembayaran yang dibuat antara Pihak-Pihak yang Bekerjasama;
(G) mengesahkan dan mengaudit pematuhan Pihak-Pihak yang Bekerjasama berhubung dengan sebarang perjanjian yang dibuat di antara mereka berkaitan dengan Program ini; dan
(H) membimbing dasar dan perancangan untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan Orang yang Mendaftar itu,
(secara kolektif, “Tujuan”).
11. Dengan mendaftar di bawah Program ini, Orang yang Mendaftar seterusnya bersetuju dengan pendedahan Maklumat Orang yang Mendaftar oleh mana-mana Pihak yang Bekerjasama kepada Pihak yang Bekerjasama lain untuk sebarang Tujuan.
12. Dengan mendaftar di bawah Program ini, Orang yang Mendaftar juga bersetuju dengan syarat-syarat dasar privasi sedia ada yang diterbitkan di laman web SG Yang Lebih Sihat, laman web HealthHub dan laman web Lembaga Penggalak Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jaminan dan tanggungan
13. Seseorang Orang yang Mendaftar mewakili dan menjamin bahawa semua Maklumat Orang yang Mendaftar yang diberikan olehnya adalah tepat dan benar. Pihak-Pihak Yang Bekerjasama tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kemudaratan yang mungkin dialami oleh Orang yang Mendaftar yang timbul daripada atau berkaitan dengan mana-mana Maklumat Orang yang Mendaftar yang diberikan olehnya yang ternyata tidak tepat atau palsu.
14. Semasa penyertaannya dalam Program ini, Orang yang Mendaftar boleh dihubungi berhubung dengan Program atau Skim Berkaitan. Kecuali jika diperuntukkan dengan jelas, MOH tidak bertanggungjawab ke atas sebarang yuran atau bayaran yang mungkin ditanggung oleh Orang yang Mendaftar di bawah Program atau Skim Berkaitan.
Perkara-perkara Lain
15. MOH boleh, pada bila-bila masa, menukar, menggantung atau menghentikan Program ini, atau mana-mana Syarat Pendaftaran ini, tanpa notis awal dan atas sebarang sebab.
16. MOH boleh, pada bila-bila masa, menggantung atau menamatkan pendaftaran Orang yang Mendaftar di bawah Program ini, tanpa notis awal dan atas sebarang sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(1) pelanggaran Syarat Pendaftaran ini oleh Orang yang Mendaftar tersebut;
(2) bahawa Orang yang Mendaftar menarik balik persetujuannya di bawah Fasal 10 atau 11 di atas; dan/atau
(3) Orang yang Mendaftar menarik diri daripada NEHR.
17. Syarat-Syarat Pendaftaran ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Republik Singapura dan seseorang Orang yang Mendaftar tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Singapura.
18. Pihak Yang Bekerjasama boleh menguatkuasakan dan bergantung pada Fasal 10, 11 dan 13 di atas pada tahap yang sama seolah-olah ia adalah pihak yang terlibat dalam Syarat Pendaftaran ini. Walau apa pun perkara di atas, Program dan Syarat-Syarat Pendaftaran ini boleh ditamatkan atau dipinda oleh MOH tanpa perlu mendapatkan kebenaran mana-mana Pihak yang Bekerjasama lain atau mana-mana Orang yang Mendaftar. Selain daripada Pihak Yang Bekerjasama, seseorang yang bukan merupakan pihak terlibat dalam Syarat Pendaftaran ini tidak mempunyai hak di bawah Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 2001 untuk menguatkuasakan Syarat Pendaftaran ini.